Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menafikan dakwaan mencari publisiti murahan apabila dilihat sering memuat naik gambar abangnya bersama isteri barunya iaitu Bonda Rozita.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rebecca memberikan penjelasan untuk membersihkan nama baiknya dan juga keluarganya.

BACA: Buat Istikharah Sebelum Terima Lamaran Suami, Bonda Rozita Tak Pernah Sebahagia Ini

Meskipun tidak menyebut nama individu tersebut namun kedengaran suara dalam rakaman adalah milik isteri Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.

Menurutnya lagi, baginya tiada masalah untuk dia berkongsikan gambar abang sulungnya yang menjaga mereka adik beradik sejak dari kecil apatah lagi mereka bukan keluarga senang.

“Penerangan ini disebabkan saya rasa nama saya tercalar disebabkan mulut makcik inilah. Sebagai seorang adik, kami amat berbangga untuk menerima kedatangan orang baru dalam keluarga.

“Jadi saya rasa tak jadi masalah untuk kita kongsikan gambar atau apa sahaja yang mungkin makcik ni tak puas hatilah.

“Apa yang makcik ni cakap tentang saya mencari publisiti murahan, gila publisiti. Hello makcik saya nak tanya dengan makcik, saya dari umur 17, 18 tahun orang dah kenal. Saya dikenali atas kaki saya sendiri.

“Saya tak cari publisiti murahan, itu adalah abang yang menjaga saya daripada kecil. Kita bukan keluarga senang, biasa biasa sahaja. Tak macam dia yang kahwin dengan orang senang, jadi mungkin mudah untuk dia bercakap,” katanya.

Dalam pada itu, Rebecca turut meluahkan rasa geram apabila dikatakan tiada kaitan dengan Bonda Rozita sedangkan dia adalah adik ipar dan Shahida hanyalah menantu.

“Makcik kata saya gila glamour, apa benda yang saya mencari publisiti murahnnya? Saya rasa makcik ni bodoh sebab apa, makcik kata saya tak ada kena mengena, padahal makcik yang tak ada kena mengena sebab makcik hanya menantu, saya pula adik beradik. Faham makcik?,” katanya.

Terdahulu, anak kepada Bonda Rozita iaitu Ain mengesahkan ibunya telah berkahwin lain namun enggan mendedahkan punca perpisahan  dengan suami terdahulu.

×