Belum lagi reda kesedihan mengiringi kematian Sulli, hari ini industri hiburan K-Pop dikejutkan dengan kematian rakan baiknya pula iaitu bekas anggota kumpulan Kara, Goo Hara yang ditemui mati di kediamannya di Cheongdam-Dong awal pagi tadi.
Media Korea melaporkan menurut pihak polis Gangnam, pelakon dan penyanyi berusia 28 tahun itu ditemui kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat punca kematian mendiang bintang K-Pop itu.
Difahamkan enam bulan lalu, Goo Hara ditemui tidak sedar diri oleh pengurusnya dalam rumahnya selepas cuba untuk membunuh diri.