Pempengaruh Ubai yang juga suami kepada Shila Amzah memberi amaran kepada adik iparnya, Amir Shafiq agar tidak melakukan kekerasan terhadap isterinya.
Amaran itu dimuat naik oleh Ubai menerusi aplikasi X miliknya. Menerusi entri itu, Ubai turut mengulang siar video Shafiq ketika sesi live semalam mengenai penjualan rumah keluarga mereka.
BACA: Shafiq Dakwa Shila Amzah Datang Tendang Pintu Rumah, Tengking Ibu ‘Tak Ada Otak’
Kau jangan cuba2 lempang wife aku lagi. Aku tiktokers terhebat. ? https://t.co/tTo7NNQFk1
— UbaiMz (@UbaiMz) October 11, 2023
“Kau jangan cuba-cuba lempang wife aku lagi. Aku tiktokers terhebat,” tulisnya.
Semalam, Shila mendedahkan pernah dilempang oleh adiknya itu serta turut mencabar Shafiq untuk bersemuka dengannya jika ingin menyelesaikan masalah tersebut.
Sebelum ini, Shafiq mendakwa Shila datang ke rumah dan bertindak menendang pintu banglo serta menengking ibu mereka ‘tak ada otak’.
Dakwa Shafiq lagi, Fauziah hampir menampar Shila akibat pertengkaran itu namun kerana pergerakannya terbatas dia hanya dapat mencapai cermin mata dipakainya.