Pendakwah Da’i Fuad Mokhtar yang juga rakan Da’i Syed rayu berhenti mengecam pendakwah selebriti itu setelah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kesalaan merogol seorang wanita lima tahun lalu.

Menerusi perkongsian di laman X, Da’i Fuad berkata dia kelu lidah dan menitik air mata sebaik sahaja mendengar berita hukuman terhadap Syed pada Jumaat lalu.

BACA: Wanita Dakwa Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sedang Hamil

 

Menurut Da’i Fuad lagi, dia bersimpati terhadap mangsa rogol kerana perlu melalui pengalaman hidup yang berat dan tidak mudah untuk meneruskan kehidupan.

Sementara itu, Da’i Fuad berkata dia turut meluahkan rasa kasihan terhadap isteri dan anak Da’i Syed kerana terpaksa melalui rintangan hidup yang berat tanpa seorang ‘pelindung’.

Dalam pada itu, Da’i Fuad turut mendoakan agar isteri Syed iaitu Hana Ismail dan anak mereka diberikan kekuatan

×