Kanak-Kanak 2 Tahun Koma Akibat Kecuaian Pengasuh

LANGKAWI, 24 Ogos : Ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan, dilahirkan cukup sifat kini terlantar koma akibat kecuaian pengasuh yang tidak bertanggungjawab.

Muhammad Aqil Ziqri, 2 tahun, merupakan seorang kanak-kanak yang periang dan aktif kini terpaksa menjalankan kehidupan hariannya di atas katil selepas dipercayai terkena hentakan yang kuat di kepala sehingga menyebabkan otak kanannya tidak berfungsi dan terpaksa dibuang.

Kejadian yang berlaku sekitar Mac 2018 ini, bagaikan memberi titik hitam kepada kehidupan Aqil apabila dia tidak lagi dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Menurut ibunya Nurul Azlin Abdul, 34, berkata, dia yang tidak menyedari kejadian yang menimpa anaknya setelah menghantar kepada pengasuh pertama kerana tidak lihat sebarang perubahan kepada anaknya.

“Mula-mula saya tidak tahu yang Aqil pernah jatuh dahulu di rumah pengasuh pertama sehinggalah saya menghantarkan kepada pengasuh kedua disebabkan pengasuh pertama memberitahu dia mendapat kerja baru dan tidak mahu lagi menjaga Aqil.

“Saya pun tanpa berfikir panjang menerima alasannya itu walaupun selepas itu dia block saya di setiap sudut sosial media dan hasil daripada naluri seorang ibu saya terlihat satu postingnya mengenai pencarian budak untuk dijaganya.

“Sehinggalah suatu saat Aqil mengalami kekejangan otot (tarik) di rumah pengasuh kedua dan saya segera menghantarnya ke Hospital Langkawi namun pihak hospital terpaksa menghantarnya terus ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar disebabkan Aqil berada dalam keadaan kritikal.

“Dari situ doktor sahkan yang Aqil terkena hentakkan yang kuat dan terpaksa melalukan pembedahan tempurung kepala dengan segera, saya sebagai ibunya berserah kepada Allah meskipun saat saya melihat anak saya hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan seorang ibu”, katanya ketika ditemu bual.

Hampir setiap bulan Aqil terpaksa berulang alik dari Pulau Langkawi ke Hospital Alor Setar untuk menerima rawatan senaman untuk memudahkan ia bergerak meskipun dalam keadaan kaku.

Tambah ibunya, Aqil harus mendapat rawatan senaman untuk memastikan Aqil bergerak seperti insan lain.

“Aqil setiap bulan akan menjalankan senaman dari pihak hospital meskipun keadaannya terbujur kaku sebegini, namun seperti ibu bapa lain saya mahu memastikan Aqil bergerak dan ceria seperti dahulu.

“Terbaru Aqil menerima rawatan senaman dari Hospital Sultanah Bahiyah pada bulan September ini”, katanya.

Bertanya soal kos pembedahan dan rawatan serta ubat-ubatan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga Aqil menelan hampir RM24,500 untuk kali pertama.

Namun kini Aqil tidak lagi dikenakan sebarang bayaran apabila sudah memilik kad Orang Kurang Upaya(OKU).

“Pada awal kos pembedahannya menelan belanja yang banyak namun saya yang kini hanya bekerja sebagai suri rumah hanya bergantung kepada gaji suami yang hanya bekerja di sebuah syarikat kereta sewa.

“Aqil pula sehari harus mengambil sebanyak 10 jenis ubat untuk membantu proses pemakanan dan dalamannya untuk bergerak aktif di mana setiap ubat yang harus diambil mempunyai harga yang berlainan.” tambahnya lagi.

Menurut Nurul Azlin lagi, Aqil mula menunjukkan pengerakkan yang positif selepas ia mengambil ubat Purtier Placenta yang di datangkan khas dari New Zealend.

“Sebelum ini Aqil hanya bergantung kepada ubat daripada pihak hospital namun tiada sebarang reaksi positif sehinggalah ada seorang kenalan Facebook yang menyarankan untuk saya memberi ubat Purtier Placenta kepada Aqil dan selepas mengamalkan ubat ini Aqil menunjukkan reaksi menerusi pergerakkan.

Purtier Placenta ini sangat mahal dan harganya sebanyak RM1,700 sebotol disebabkan harganya yang terlalu mahal saya hanya mampu memberi Aqil ubat ini tanpa mengikut waktu pengambilan yang sepatutnya.

“Dalam masa yang sama saya juga memberi Aqil ubat daripada pihak hospital juga untuk membantuk pergerakkan nya.” katanya.

Bertanya soal bantuan yang diberi oleh pihak bertanggungjawab, ibu kepada dua orang anak ini hanya mampu berkata keluarga hanya menerima bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada mulanya namun kini tiada sebarang bantuan yang diterima oleh pihaknya.

Namun sebagai seorang ibu bapa yang ingin melihat anaknya kembali sihat seperti sedia kala terpaksa berkorban dari segala segi untuk memastikan anak bongsunya itu kembali aktif seperti dahulu.

Bagaimanapun kes ini masih di bawah siasatan pihak boleh dan dikategorikan sebagai kes penderaan.

Sebarang sumbungan ikhlas anda boleh di salurankan menerusi CIMB BANK atas nama pemilik Nurul Azlin Binti Abdul di akuan 7055788448.

Sama-samalah kita memberi bantuan kepada adik Muhammad Aqil agar ia kembali sedar seperti sedia kala dan sentiasa seihat seperti kanak-kanak lain.

×