Nampaknya konflik antara Lufya Omar, bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan pelakon, Julia Farhana masih belum ada kesudahannya lagi.

Terbaru, Lufya memberitahu dia ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mendapat pemberitahuan daripada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan fitnah.

BACA: Lufya Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Anggap Julia Farhana Masih Mentah

Menerusi satu posting di Instagram, Lufya berkata dia tidak akan berdiam diri susulan fitnah dilemparkan oleh bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan tunangnya, Julia Farhana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

“Saya tidak akan berdiam diri diatas fitnah yang kamu berdua lemparkan terhadap saya.  Saya harap pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap kes ini kerana saya sudah tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan yang diberikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” tulisnya.

Lufya turut menyifatkan tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadapnya keterlaluan serta menjatuhkan reputasi dan memalukan dirinya.

Ujarnya lagi, disebabkan fitnah tersebut dia terpaksa berulang-alik ke balai polis selepas dipanggil untuk membantu siasatan sekaligus menyusahkannya dari segi masa, tenaga, wang ringgit serta tugasnya sebagai ibu tunggal yang menyara anak.

“Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan menganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak. Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di Balai,” tulisnya.

Lufya turut menjelaskan tuduhan membuat kecoh dan menganggu bekas suaminya di klinik, pelakon itu berkata da hanya membawa anak mereka yang ingin bertemu dengan bapanya.

Jelasnya lagi, ketika itu mereka kebetulan berada di kawasan klinik Dr Che Habis dan membawa anaknya Laana Haura bertemu lelaki itu.

“Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan menggangu bekas suami yang juga teman lelaki aktris itu di kliniknya sedangkan saya hanya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya. 

“Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana anak ketika itu ke klinik bersebelahan dengan klinik bapanya. Saya hanya hantar anak yang terlalu rindu dengan bapanya dan menunggu di luar klinik. 

“Saya telah dilaporkan ke polis oleh bekas suami yang membuat laporan katanya saya telah membuat kekecohan sedangkan perkara itu tidak sama sekali berlaku. (Laporan tanpa bukti, cctv dan sebagainya)” tulisnya.

Terdahulu, Dr Che Hafiz dan Julia membuat laporan polis terhadap Lufya mendakwa menjadi mangsa fitnah. Julia berkata dia terpaksa membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya. 

×