Pelakon Sweet Qismina mendedahkan dia dan suaminya, Adam Lee pernah menangis pada bulan pertama perkahwinan kerana masih belum dikurniakan zuriat.
Memetik Kosmo, Sweet berkata dia dan suaminya sememangnya mahukan cahaya mata namun mereka percaya bahawa mungkin belum masanya lagi untuk diberikan rezeki zuriat.
BACA: Sweet Qismina Hilang 10 Kg Sebulan, Hanya Minum Susu Setiap Hari
“Ketika itu kami berdua memang betul-betul nak anak. Kami sama-sama menangis bila genap sebulan berkahwin saya masih belum hamil.
“Namun lama-kelamaan kami terima kenyataan bahawa rezeki Allah bagi dalam pelbagai cara. Mungkin sekarang belum masanya Allah beri kami zuriat tetapi Dia beri kami rezeki yang lain dulu,” katanya.
Sementara itu, Sweet berkata dia mengakui akan rasa tertekan jika ada ramai yang bertanya mengenai soal zuriat kepadanya namun bersyukur keluarga mereka tidak pernah bertanya mengenai hal itu.
“Tetapi untungnya keluarga saya dan Adam tidak pernah bertanya tentang zuriat kepada kami berdua. Mereka sentiasa mendoakan yang terbaik. Mungkin itu antara sebab kami menjadi lebih kuat untuk menghadapi perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Sweet turut meminta untuk menjaga kata-kata jika ada antara orang sekeliling yang sessng cuba mendapatkan zuriat serta tidak mengguris perasaan mereka.
Untuk rekod, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.
SUMBER: Kosmo