Sehingga kini ramai mempersoalkan status sebenar rumah tangga Tauke dan isteri selepas lafaz talak menerusi Whatsapp baru-baru ini. Jelas Tauke, mereka masih pasangan suami isteri cuma masih tidak berkesempatan untuk berbincang.
BACA: Isteri Tauke Jambu Akui Salah Bagi Kenyataan
“Kami masih lagi suami, isteri. Statusnya kami masih lagi suami isteri, cumanya dalam perselisihan. Tapi masing-masing sekarang dah ‘cool’ dan bertenang sebab biasalah orang perempuan”
Menurut Tauke, beliau dan isteri kini tidak tinggal sebumbung kerana sedang sibuk dengan persiapan Maharaja Lawak Mega 2019. Namun Tauke meminta untuk diberikan ruang dan masa untuk memperbaiki rumah tangganya
“Mudah terpedaya, mudah terperangkap dengan hasutan luar. Jadi kita sebagai lelaki kena jadi ‘gentle’. Setakat ini belum lagi bertemu, dia kini berada di kampung menjaga bayi yang baru lahir dan saya di sini dengan MLM2019″
“Jadi biarlah kami berdua bertenang dahulu dan baru selesaikan. Jadi lepas ini kita jernihkan keadaan, buang yang keruh ambil yang jernih. Kalau boleh nak fokus pada kerja,” katanya. (rtky/w)