Selamat mengikat tali pertunangan minggu lalu, Awi Rafael mendedahkan perkenalan beliau dengan Atikah Suhaime sewaktu masih bergelar teman lelaki Hanez Suraya lagi. Namun mulai rapat sejak lima bulan lalu seterusnya terus melangsungkan majlis bertunang.
BACA: Atikah Suhaimie, Awi Rafael Umum Pertunangan
Mengakui sudah lapan tahun mengenali Atikah, Awi tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk bercinta. Malah katanya, keluar dating pun hanya sekali sahaja, dan terus membuat keputusan untuk bertunang.
“Hubungan kami terjalin secara natural. Kami berkenalan kira-kira lapan tahun lalu dan ketika itu saya masih teman lelaki Hanez. Bila jumpa dia lima bulan lepas, kami mengambil keputusan untuk bertunang”
“Dating pun sekali sahaja. Itu pun bertemankan mak saya. Saya berkawan lama dengan Atikah. Sedikit demi sedikit, saya lebih mengenali dia dengan lebih dalam. Sangat baik dan rapat dengan keluargany,” jelasnya.
Siapa menyangka tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pasangan bertunang tempoh hari. Jelas Awi, beliau terpikat dengan sikap penyabar dan positif pada Atikah dan menganggap beliau merupakan jodoh terbaik. (rtky/w)