Menerusi video dimuat naik di Instagram sebentar tadi, pengarah terkenal Syamsul Yusof menitipkan pesanan buat isteri pertamanya, Puteri Sarah pulang ke rumah bersama anak-anak untuk menyelesaikan hal rumah tangga mereka.
Malah, Syamsul juga turut mendakwa isterinya membawa anak-anak keluar tanpa keizinannya sedangkan mereka masih lagi suami isteri.
BACA: “Tahniah Akhirnya Mengaku Selepas Dah Berbulan Nikah Di Thailand Kan?” – Puteri Sarah
Terbaru, Puteri Sarah dilihat memuat naik perkongsian di Instagram membidas tuduhan yang dilemparkan suaminya kerana membawa anak-anak keluar tanpa izin.
View this post on Instagram
“Kalaulah Syaikhul dan Sumayyah boleh berikan kenyataan di mahkamah, pasti mereka akan cakap ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan KITA. Di mana ayah? Selalu tiada di rumah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut meminta suaminya tidak menunding kesalahan kepada dirinya serta dengan menggunakan nama Allah.
“Syamsul Yusof jangan tunding ‘kebodohan’ awak kepada saya. Jangan guna nama Allah untuk membuatkan awak nampak seperti ‘angel’ di mata manusia,”tulisnya.