Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsikan mengenai kisah hidupnya sebagai menjawab kenyataan oleh Datin Rebecca Nur Al Islam sebelum ini.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Shahida berkata dia tidak menumpang populariti sesiapa apatah lagi sudah menjadi ahli kumpulan nasyid pada usia 14 tahun kemudian menjadi model.
BACA: “Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!” – Rebecca Nur Al-Islam Selar Shahida
“Saya meneruskan persekolahan di Bandar Baru Sentul sehinggalah saya menjadi ahli kumpulan Solehah pada berusia 14 tahun.
“Jadi, bermakna saya tak menumpang populariti sesiapa. Saya masuk nasyid, kemudian jadi model iklan Sunsilk,” katanya.
Sementara itu, Shahida berkata dia dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sekaligus memberi gambaran dia bukanlah pernah hidup susah sejak kecil.
“Pada 14 Mac 1985, pada pukul 6.37 pagi di Sentosa Medical Center. Bersalin pun di swasta. Saya kena cerita sejarah (bersalin hospital) swastas, nanti awak kata saya duduk tepi jalan,” katanya.
Tambahnya, dia dan Alif pernah hidup susah di awal perkahwinan dimana ketika itu mereka berniaga di pasar. Jelasnya lagi, jika dia berkahwin dengan orang kaya lebih baik dia duduk di rumah saja.
“Sebelum berkahwin saya ada kerja dan pendapatan sendiri. Mak ayah saya pun bukannya tak bagi saya makan. Kalau saya berkahwin dengan orang kaya, buat apa saya susah-susah berniaga di pasar.
“Baik duduk rumah, ‘shopping’ habiskan duit. Buat apa pagi, petang, siang, malam saya buat ‘live’,” tulisnya