Bila sebut bab rambut ni, memang sangat-sangat sensitif untuk menjaganya, tak kira lelaki ke perempuan. Ni semua disebabkan rambut adalah mahkota bagi setiap insan. Nak menjaga rambut pula bukannya mudah dan memerlukan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
Rambut korang sering gugur? Rambut kelihatan kasar dan kusam? Rambut berminyak dan kulit kepala gatal? Ahh, stresnya!
Katakan tidak kepada rambut berminyak, rambut gugur, rambut kusut dan kasar. Rambut memainkan peranan yang penting kepada rupa paras seseorang. Sebab itu korang perlu menjaga rambut supaya kelihatan sihat sepanjang masa.
Kalau korang perasan, rambut Maya Karin antara yang diminati ramai. Dah lah panjang, cantik pula tu dan yang paling best, rambut Maya sentiasa nampak bersinar-sinar. Korang mesti nak tahu kan macam mana cara nak dapat rambut secantik rambut Maya Karin ni kan?
Jadi lets go, korang folow step di bawah ni, mana tahu korang pun boleh miliki rambut Rapunzel!
1. Guna Shampoo Yang Sesuai
Ha! Bab shampoo ni korang mesti kena teliti betul-betul. Bukan sebab shampoo tu wangi jer korang terus beli. No! Kenali dulu rambut korang jenis yang mana satu, baru korang cari shampoo yang sesuai.
Penggunaan syampu yang tidak mengandungi sulfate, sodium laureth sulfate dan paraben lebih baik untuk rambut.
Kalau korang nak kulit kepala korang bersih sekaligus mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit kepala dan mengembalikan kesihatan pada rambut yang rosak, korang guna jer shampoo Sailajah Hair Care ni.
2. Wajib Ada Hair Serum Di Rumah
Penggunaan hair serum atau hair oil akan membantu rambut korang tampak kelihatan lebih terurus dan tidak kusut, terutamanya di bahagian bawah rambut. Bahagian bawah rambut selalunya bercabang bukan?
Jadi hair serum lah jawabnya. Korang titiskan 2 hingga 3 minyak rambut dan sapukan bahagian hujung rambut. Dengar cerita Sailajah Hair Care ni pun ada hair serum yang diperbuat dari bahan semula jadi untuk melembapkan rambut, menjadikannya lebih teratur, dan halus.
Jadi senang lah korang rembat shampoo dan hair serum sekali. Barulah rambut tu onz point sentiasa. Tapi korang kena tahu, pakai hair serum hanya pada rambut semasa rambut masih basah sahaja, bukan di apply di kulit kepala.
Bila korang apply di kulit kepala nanti akan cepat jadi dandruff pula. Jadi jangan sesekali apply di kulit kepala okey!
3. Jangan Skip Hair Tonic Kalau Nak Rambut Kuat
Kami yakin part ni ramai yang skip. Sebab tu korang mengalami masalah rambut gugur. Penggunaan hair tonic ini untuk melebatkan lagi rambut. Sesiapa yang sering gugur rambutnya disarankan untuk memakai hair tonic supaya rambutnya lebih kuat dan kukuh. Say no more to rambut gugur!
Cara untuk guna hair tonic, korang gunakan selepas mengeringkan rambut menggunakan tuala. Letakkan hair tonic pada kulit kepala mengikut garisan kepala kemudian gosok dan urut kulit kepala dengan perlahan-lahan.
Tak payah pening kepala mana nak cari hair tonic yang okey. Korang guna jer hair tonic Sailajah ni. Dah terang-terang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi untuk mengatasi folikel yang tersekat dan menguatkan akar rambut dari dalam sekaligus mengalakan pertumbuhan rambut yang sihat.
4. Sikat Rambut Sebelum Shampoo
Sebelum shampoo, korang sikat rambut supaya rambut korang lebih terurus dan tidak kusut apabila hendak disikat nanti. Untuk rambut yang kusut dan rosak, pastikan anda menyikat rambut semasa rambut korang basah.
Penggunaan sikat yang betul juga perlu dititikberatkan. Misalnya, sikat yang bergigi jarang sesuai digunakan untuk rambut yang beralun.
Kalau korang nak tahu dah, dah ramai selebriti menggunakan Sailajah Hair Care untuk pastikan rambut mereka kekal segar sepanjang masa. Antaranya Beby maembong, raja ilya dan santesh.
Jangan cakap lelaki tak perlu pakai semua ni tau. Walaupun rambut pendek geng adam kena lah juga jaga rambut biar kemas dan hensem gituu!
Yang bertudung pun kena main peranan tau, untuk pastikan rambut korang kekal sihat. Jangan pula time rambut basah terus sarung tudung. Memang jawab nya rambut korang bermasalah lah nanti.
Kalau korang nak rambut sihat macam selebriti pujaan korang ni jangan lupa terjah laman Instagram Sailajah Hair Care untuk dapatkan set hair care yang super duper best ni.
Tunggu apa lagi guys, jom jaga rambut supaya nampak lebih sihat dan terurus. Flip hair time !