“Kalau Pak Nil Muda Pun, Tak Terikut Buat Macam Ini”

Zaman sekarang dengan wujudnya kemudahan untuk melayari internet dengan pantas ditambah lagi pelbagai laman sosial yang ada, sesuatu perkara sungguh cepat tersebar termasuklah #KekeChallenge yang baru-baru ini popular di luar negara sehinggalah membawa ke tanah air. Sementara itu, Aznil Nawawi atau Pak Nil punya pandangan tersendiri.

BACA: Aznil Nawawi Elak Rasa Riak Promosi Produk Sendiri

“Kalau #paknil muda pun Paknil rasa tak lah terikut nak buat camni. Mak ayah Paknil pernah pesan – Dari kau baru lahir, ayah mak jaga kau sampai nyamuk gigit pun kami jaga. Supaya apa? Supaya kau tak cacat di tangan kami”

“Bila besar, kau sendiri pulak yang sengaja cari kecacatan dengan buat benda2 yang tidak berfadah,” kongsinya di laman Instagram.

Ternyata perkongsian tersebut turut mendapat sokongan rata-rata pengikut Aznil Nawawi yang menyifatkan bahawa perkara sedemikian tidak sepatutnya menjadi ikutan di sini.

Namun itulah hakikatnya hidup di dunia yang serba serbi mahu paling awal menjadi ikutan. Sebagai seorang warga laman sosial yang bijak, fikirlah mana yang baik dan buruk. (rtky/s)

×