Sejak beberapa hari lalu, tular semula video siaran langsung pengacara yang juga isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail memberi pandangan mengenai mereka yang bergelar Syed dan Syarifah.
Menerusi video itu, Hana meminta untuk menegur dengan baik jika ada golongan Syed dan Sharifah yang tersasar daripada landasan sebenar atau melakukan kesilapan.
BACA: “Kasihanilah Isteri & Anaknya” – Rakan Pendakwah Minta Henti Kecam Da’i Syed
Kita ni semua umat Rasullullah, umat nabi Muhammad SAW.
Tegur dan sayanglah pada semua manusia bukan kepada yang berketurunan Syed dan Syarifah sahaja. pic.twitter.com/HLCB2qQIBd
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) August 31, 2024
“Kalau kita nampak ada berketurunan Syed dan Syarifah yang mungkin tersasar, minta ditegur dengan baik dan tetap sayangkan mereka. Sebab mereka ini mempunyai darah keturunan Rasulullah SAW.
“Walaupun mereka ini tidak mempunyai apa-apa pangkat dan tidak ada ilmu yang lebih dalam agama sekalipun, tetap sayangkan mereka sebab ada mengalirnya darah Nabi Muhammad.
“Sebagai contoh, mereka itu menguji kita dan mungkin kita ada isu dengan mereka, tetap sayang dan doakan mereka supaya kembali kepada jalan yang benar,” katanya.
Jumaat lalu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kesalaan merogol seorang wanita lima tahun lalu.