“Kalau Duit Raya Tu RM2 Ke RM3 Pun Saya Tak Kisah, Asalkan Ikhlas”

Pempengaruh media sosial, Cik B mendedahkan dia sudah tidak menerima pemberian duit raya seperti remaja lain sedangkan dia menerima saja pemberian orang tidak kira berapa amaun tersebut.

Memetik Astro Gempak, Cik B berkata mungkin disebabkan statusnya sebagai anak usahawan membuatkan ada yang takut untuk memberikan duit raya kerana bimbang jumlahnya tidak memadai.

BACA: “Dia Hanya Kawan Baik, Saya Lebih Suka Berkawan Dengan Orang Sekufu” – Cik B

“Selalunya saya tdak dapat duit raya atau apa-apa hadiah mungkin sebab orang takut nak bagi pada saya. Mereka takut tak cukup padahal saya terima saja pemberian orang tak kira berapa pun amaun duit tersebut.

“Kalau duit raya itu RM2 ke atau RM3 pun saya tak kisah, asalkan perberian itu ikhlas dan saya dapat merasai momen salam tangan, cium tangan dan sampul raya,” katanya.

Sementara itu, Cik B berkata dia teruja apabila pernah menerima duit raya daripada rakyat Brunei serta meluahkan rasa syukur dan berterima kasih.

“Ketika itu saya tengah makan, mereka datang dan bagi 10 hingga 20 dollar Brunei (RM33-RM66) dah macam banyaklah juga.

“Orang beri saya terima saja. Alhamdulillah, terima kasih sebab orang masih ingat nak beri duit raya pada saya,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×