Penyanyi Noraniza Idris berkata dia sebelum ini tidak mengenai Naqiu sehinggalah vokalis kumpulan Boboy itu menyertai Gegar Vaganza musim keenam.
Memetik Utusan Online, Noraniza berkata program tersebut mempunyai kelebihan dimana dapat membantu artis-artis lama untuk kembali aktif serta mempopularkan lagu mereka semula.
BACA: Noraniza Idris Batal Tempahan Baju, Protes Tak Nak Masak Untuk Raya
Menurut Noraniza, dia mungkin pernah mengengar lagu kumpulan Boboy di radio namun tidak tahu Naqiu adalah penyanyinya.
“Bukan saya nak mengada-ngada, tetapi jujurnya, kalau bukan kerana GV, saya sendiri pun tak tahu Naqiu nyanyi lagu apa sebelum ini.
“Bagi saya, di sinilah pentingnya keperluan untuk program GV itu diteruskan pada setiap tahun. Bila artis itu bertanding di GV, antara kelebihan lain, radio pun akan selalu mainkan lagu-lagu kita. Saya dengar semula lagu Naqiu di radio, oh baru tahu dialah penyanyi kumpulan Boboy.
“Bagi orang lama macam saya, boleh ‘refresh’ semula lagu-lagu lama manakala bagi orang muda pula, mereka boleh kenali lagu-lagu dan artis lama yang pernah popular suatu ketika dahulu menerusi kelebihan yang ada pada program GV,”katanya.
Dalam pada itu, Noraniza berkata program tersebut wajar diteruskan untuk memberi peluang artis-artis lama lain untuk bertanding sekaligus menjenamakan mereka semula.
“Rasa sayang jika dihentikan sebab saya percaya, saban tahun pun ramai orang tertunggu-tunggu untuk tahu artis mana yang akan terpilih dan akan membarisi penyertaan dalam program berkenaan.
“Ramai sahaja artis lama yang berbakat besar yang wajar diketengahkan semula menerusi pertandingan, sama ada mereka bersetuju atau tidak sahajalah.
“Jadi saya rasa GV ini masih lagi relevan. Cuma, kena ada penambah baikan. Mungkin dari segi kreativiti dan sebagainya demi menyuntik wajah baharu pada program itu,” katanya.