“Kalau Boleh Saya Nak Beranak Setiap Tahun”

Bergelar ibu kepada dua cahaya mata lelaki yang cukup comel, pelakon Emma Maembong berkata kehidupannya kini sudah lengkap. 

Memetik Kosmo, Emma berkata dia tidak menolak kemungkinnan untuk menimang cahaya mata ketiga dalam masa terdekat dan tidak kisah untuk beranak setiap tahun meskipun baru melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu.

BACA: Emma Maembong Doa Perkahwinan Ketiga Shikin & Cat Farish Jadi Yang Terakhir

Menurut Emma, dia memang sukakan suasana rumah yang meriah yang pernah menangis ketika awal perkahwinan kerana rasa sunyi.

“Kalau diikutkan, saya mahu beranak setiap tahun. Cuma, belum ada rezeki kerana untuk dapatkan anak kedua ini, ada jurang dua tahun.

“Saya hendak anak ramai kerana saya datang daripada keluarga yang besar, iaitu 11 adik-beradik. Saya sudah biasa dengan suasana riuh rendah. Masa mula-mula kahwin, terutama pada hari raya, saya amat sunyi hingga menangis,” katanya.

Dalam pada itu, Emma berkata dia tidak boleh berjauhan dengan anak dan akan membawa kedua anaknya itu ke set penggambaran kerana ia membuatkan dirinya lebih gembira.

“Saya memang tidak boleh berjauhan dengan anak-anak. Sebab itu walaupun sesibuk mana, saya mahu anak-anak sentiasa ada dengan saya.

“Jadi salah satu cara, saya akan bawa anak-anak, suami dan seorang pembantu ke set penggambaran. Saya jadi lebih gembira dan bersemangat untuk bekerja jika mereka ada bersama,” katanya.

Untuk rekod, Emma Maembong mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar merupakan seorang juruterbang pada 19 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.

×