“Kalau Boleh Nak Anak Lelaki” – Intan Najuwa Tak Serik Beranak Lagi

Hampir sebulan menimang cahaya mata sulung Imane Lunara pada 15 Disember lalu, pelakon Datin Intan Najuwa berkata dia menyatakan hasrat untuk menimang bayi lelaki pula.

Menerusi perkongsian di TikTok, Intan berkata dia tidak serik untuk melalui proses bersalin meskipun sebelum ini dia pernah mengatakan tidak mahu melaluinya lagi.

BACA: Intan Najuwa Tampil Beri Respon Dikritik Guna Kerusi Roda

@nana.lourdes

#deliveryjourney #laborjourney #laboranddelivery #pregnancyjourney #momtalk #labortalk #csection #csectiondelivery #csectionmom #recoveryjourney

? original sound – Nana Lourdes – Nana Lourdes

“Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil). Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki,” katanya.

Sementara itu, Intan berkata sebelum ini pengalamannya melahirkan anak sulung membuatkan dia tidak mahu hamil lagi, namun selepas sembuh dia berubah fikiran untuk menambah anak.

“Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’

“Lepas dah hilang sakit, nak baby boy lah lagi satu..last. Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana,” katanya.

×