“Kalau Betul Putus, Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik, Erra Fazira dan bekas pelajar AF 8, Shahir bukanlah lagi satu cerita baru, namun bagaikan tiada berkesudahan kisah di antara mereka berdua.

Sering diajukan pertanyaan mengenai status terkini hubungannya dengan Shahir, Erra berkata persoalan itu mungkin tidak akan lagi timbul apabila dia membuat pengumuman sama ada mereka masih bercinta atau sudah putus.

BACA: “Cakap Nak Meminang Tapi Tiada…”

Bagaimanapun, Erra berkata dia dan Shahir masih lagi berkawan namun masih belum ada lagi perancangan untuk ke gerbang alam perkahwinan.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Dalam apa juga situasi, saya perlu membahagiakan diri. Kalau tunggu apabila berdua baru mahu gembira, payahlah…

“Saya bukan budak sekolah yang perlu membuat pengakuan apabila menjalin hubungan. Sejak awal lagi, saya tidak pernah membuat apa-apa pengakuan mengenai hubungan kami. Tetapi, jika memang kami putus, lambat-laun orang akan tahu juga.

“Itu tidak bermakna kami bergaduh, sebaliknya saya dan Shahir masih lagi berhubung sebagai kawan. Jika ditanya, saya masih lagi solo dan gembira bersama anak tunggal saya,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Erra memberitahu sebagai wanita dia juga tidak terkecuali untuk mencari kebahagiaan dan mahu dipertemukan dengan jodoh yang baik. Katanya lagi, itu adalah doanya selepas lima tahun bergelar ibu tunggal.

×