Pelakon Edika Yusof berkata dia terkejut dengan keputusan isterinya, Nor Hidayah untuk berpisah selepas 22 tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik Sinar Harian, Edika berkata dia berharap dapat selamatkan rumah tangganya namun akur jika perpisahan yang membuatkan isterinya gembira.

BACA: “You Boleh Judge Secara Luaran Tapi Yang Melalui Saya” – Isteri Edika Yusof

“Saya dah kahwin lebih 22 tahun. Saya jaga dia hampir 19 tahun ketika sakit. Semua perkara boleh bincang, boleh selesai, saya kalau boleh nak selamatkan (perkahwinan), tetapi jika itu yang dia hendak, asalkan dia gembira, saya akan cuba memenuhinya.

“Kerana soal jodoh, hidup dan mati di tangan ALLAH. Kita berusaha sejauh manapun namun jika ia hanya sampai di situ saya akan reda,” katanya.

Sudah lebih tiga bulan tidak tinggal sebumbung, Edika berkata dia tidak sangka hasratnya membenarkan isterinya berpindah keluar dari rumah bagi menenangkan diri berakhir sebaliknya.

“Kalau betul dia nak dilepaskan, patutnya dari dulu lagi dia beritahu. Apabila pada waktu ini baru nak ‘offer’ untuk lepaskan saya, saya rasa dah terlambat.

“Saya tidak fikir sangat. Saya pun tidak pernah minta dilepaskan. Selama ini apa yang saya buat adalah rutin dan tidak pernah mengeluh. Saya tidak suka tunjuk apa yang saya buat kepada isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Edika berharap hubungannya dengan isteri kembali baik dan jika dia memohon maaf seandainya ada melakukan kesilapan serta meminta untuk berbincang.

“Jika saya ada salah dan silap saya minta maaf. Selalunya jika saya buat silap saya akan minta maaf kepadanya. Kalau kita berjumpa dan berbincang, kita boleh berkawan. Kenapa kita perlu bermusuh? Itu yang saya mintalah,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian

×