“Kalau Ada Bukti Keganasan, Keluarkan” – Beego 

Pelakon Beego berkata dia meminta isterinya, Linda Hashim untuk kemukakan bukti dakwaan keganasan terhadapnya sepanjang mereka berumah tangga.

Memetik BH Online, Beego berkata dia tidak mencabar namun dia tahu bahawa tiada bukti tersebut serta dia tidak perlu menggunakan persepsi orang ramai untuk meraih simpati.

BACA: Linda Hashim Buat 4 Laporan Polis, Dikasari Beego Sejak 2016

“Itu semua persepsi orang. Saya tak nak komen lebih-lebih. Kalau ada gambar keluarkan. Saya tak cabar, tapi saya tahu tak ada. Saya tak ada muatnaik apa-apa foto. Bagi saya, kalau mahu selesaikan secara baik, saya rasa tak perlu provokasi persepsi masyarakat.

“Kalau mahu main persepsi, saya juga boleh. Sampai hari ini saya tak muatnaik apa-apa foto yang boleh mencemar atau mengaibkan Linda,” katanya.

Sementara itu, Beego berkata dia tidak diberi ruang dan peluang oleh isteriya untuk berbincang demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Saya tiada ruang berbincang. Saya masih lagi di rumah kelamin. Dia sudah keluar rumah sejak enam bulan lalu. Namun, saya tak salahkan Linda,” katanya.

Dalam pada itu, Beego tertanya mengapa tiada peluang diberikan kerana mereka masih lagi suami isteri yang sah, namun Linda nekad untuk berpisah.

“Nak berhubung sebagai suami? Saya, suami yang sah lagi, tapi tak diberi ruang. Dia cuba elak dan pada masa sama, tegas dengan keputusan untuk berpisah,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh pembentangan laporan JKP daripada kedua belah pihak.

SUMBER: BH Online

×