Penyanyi Siti Saida Tarudin atau Saida menamatkan zaman janda apabila bergelar isteri buat kali ketiga dengan lelaki pilihan hatinya, dikenali sebagai Aizal semalam.
Berita gembira itu turut dikongsikan adiknya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri SIti Nurhaliza menerusi Instagram.
BACA: Gossip: Saida AF6 Bakal Kahwin Penerbit Drama Berstatus Duda?
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian itu, Siti turut mendoakan agar rumah tangga kakaknya itu kekal hingga ke akhir hayat.
Dalam video dikongsikan, Saida dilihat anggun mengenakan gaun kembang berwarna putih, manakala suaminya segak memakai sut bercorak warna hitam.
Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat. Namun, tidak dapat dipastikan tentang perceraiannya dengan suami kedua itu.