Timbul dakwaan pelakon Emma Maembong tinggal bersama kekasihnya, kakak kepada pelakon itu iaitu Shikin Maembong menafikan dakwaan berkenaan serta menegaskan ianya tidak benar sama sekali.
Menerusi temubual bersama Melodi, Shikin berkata Emma sentiasa bersama anak-anaknya jadi dakwaan itu tidak betul dan tidak benar. Malah, jika mahu bersama Emma perlu berjumpa dengan bapa mereka.
BACA: Emma Maembong Nafi Dah Kahwin Dengan DJ Kidd
“Itu tidak betul sama sekali. Memang tak benar. Emma selalu dengan anak-anak dia. Dia kalau nak bersama dengan Emma ni kena jumpa Ayah dulu,” katanya.
Sementara itu, Shikin turut menjelaskan gambar Emma bercuti ke luar negara yang tular itu bukan hanya mereka berdua sahaja tetapi turut bersama rakan-rakannya yang lain.
“Sebenarnya benda macam ni kita tahu, kalau bercuti mesti tak berseorangan. Kalau kata naik motor, kalau boleh angkut empat orang, mesti dah naik kan. Dia bercuti dengan kawan-kawan, dia selesa dengan kawan-kawan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Shikin menafikan sekerasnya kenyataan tuduhan kononnya keluarga mereka terlalu terbuka dan menghalalkan perkara yang salah.
Jelas Shikin lagi, hubungan Emma dengan DJ Kidd hanyalah sekadar kawan biasa dan jika ada berita gembira aktres itu akan maklumkan sendiri kepada umum.
“Mungkin orang nampak kami free hair, tapi macam mana amalan kita, semua orang tak tahu. Mana yang tak betul, kita betulkan. Saya pasti bila masanya tepat, Emma sendiri akan maklumkan kepada semua jika ada berita gembira,” katanya.
SUMBER: Melodi