Bertuahnya pelakon veteran Normah Damanhuri apabila sambutan hari lahirnya yang ke-70 diadakan dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Lebih manis, anak perempuan kepada pelakon itu iaitu usahawan sensasi, Kak KM turut menghadiahkan dua utas gelang emas seberat 40 gram setiap satu buat ibunya.
BACA: “Hati Anak Aku Suci Murni, Aku Didik Penuh Kasih Sayang” – Normah Damanhuri
View this post on Instagram
“Hadiah buat mama tahun ini. Mama kena pakai tak boleh buka. Ini emas padu seberat 40 gram. Tak perlu sebut harga, sebut berat saja. Ini gelang dua tahun lepas, mama masih pakai. Tahun lepas dapat kereta,” katanya.
Dalam pada itu, Normah ketika memberikan ucapan kepada tetamu yang hadir mengatakan tahun ini sangat istimewa kerana dapat menunaikan ibadah haji.
“Dalam usia begini, tiada apa yang saya harapkan selain kesihatan dan bahagia bersama dengan anak-anak. Tahun ini sangat istimewa buat saya kerana dipermudahkan urusan di Tanah Suci Makkah untuk ibadah haji sebelum ini,” katanya.