Usahawan terkenal, Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM menjadi perhatian ramai apabila membeli rumah bernilai RM 1 juta untuk setiap anaknya.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata sebagai ibu sudah pasti akan ada rasa bimbang sekiranya dia ditakdirkan pergi dijemput Ilahi terlebih dahulu.
BACA: Azwan Ali Puji Kak KM ‘Show Off’ Kemewahan Sebenar
“Saya tak tahu masa depan macam mana, umur panjang atau tidak. Alhamdulillah Allah beri rezeki lebih dan memang saya akan utamakan kebajikan anak-anak. Saya kena bersedia kalau jadi apa-apa pada saya, sekurang-kurangnya mereka terbiar,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata dia tidak bersikap pilih kasih serta memberitahu rumah yang dibelikan buat setiap anaknya berharga RM1 juta.
Tambahnya lagi, jika dia pergi dahulu suatu hari nanti dia telah menyediakan keperluan buat anak-anaknya untuk meneruskan hidup.
“InsyaAllah kalau saya mati tidaklah tinggalkan beban pada mereka. Saya pun tak mahu mereka terkapai-kapai tak tahu nak tinggal dengan siapa.
“Buat masa ini mereka tidak duduk di situ lagi, saya letak syarat untuk mereka kahwin dulu baru boleh tinggal di rumah mereka,” katanya.
SUMBER: mStar Online