Kaitkan Isteri Gugur Kerana Kifarah, Da’i Syed Nak Saman Pemfitnah

Pendakwah selebriti, Da’i Syed membuat sidang media tergempar sebentar tadi susulan tular video dikongsikan individu dianggap fitnah apabila menyentuh mengenai kandungan isterinya yang keguguran baru-baru ini.

Memetik Hlive, Da’i Syed berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan nama akaun di TikTok @chempakasuri97 milik Nurul Atiqah.

BACA: Hana Ismail Terharu Da’i Syed Mandikan Dengan Air Herba, Pakaikan Stoking

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Dia mengaitkan peristiwa keguguran kandungan isteri saya sebagai kifarah yang saya terima disebabkan kes tersebut. Apabila kenyataan awal itu diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri saya, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas.

“Nurul Atiqah juga dapat dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan yang dialami oleh saya dan isteri. Hal ini merupakan satu kenyataan salah yang sengaja diada-adakan,” jelasnya.

Menurut Da’i Syed, dia telah meminta peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar segera.

“Saya juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah diterbitkannya sebelum ini.

“Laporan polis yang dibuat olehnya sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang telah memfitnah saya malahan di dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Syed berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang melemparkan fitnah terhadapnya.

Sebelum ini, individu berkenaan memuat naik video memaparkan keratan akhbat berhubung dakwaan merogol pada tahun 2020. Individu itu turut mengatakan keguguran dialami oleh isteri Syed adalah disebabkan balasan yang dilakukan oleh pendawah itu.

×