Kahwin Kali Ketiga, Saida Akui Suami Sebenarnya Sahabat Lama

Baru-baru ini, penyanyi Siti Saida Tarudin mengejutkan banyak pihak apabila selamat bernikah buat kali ketiga dengan lelaki pilihan hati Mohd Nooraizal Rasip pada 12 Disember lalu.

Menurut kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, lelaki yang kini bergelar suaminya itu merupakan sahabat lamanya.

BACA: Kakak Siti Nurhaliza, Saida Bergelar Isteri Kali Ketiga

“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami. Namun, memilih untuk tidak menggembar-gemburkannya kepada umum. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami. Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.

“Saya percaya jodoh baru ini juga merupakan ketentuan dan sebuah takdir yang sudah tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, tapi siapa menduga, akhirnya Allah SWT menggerakkan hati untuk menerima kehadirannya dalam hidup kini,” katanya.

Kata Saida lagi, mereka menjalin hubungan selama lima bulan sebelum mendirikan rumah tangga dan suaminya yang bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat kewangan itu masih bujang sebelum berkahwin dengannya.

“Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak-anak seadanya. Apa yang membuatkan saya tertarik dengannya adalah sifat kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hatinya.

“Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga. Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik,” katanya.

Saida mengesahkan perkahwinan kedua yang dibina pada 2016 itu hanya mampu bertahan empat tahun apabila berpisah sejak Mac lalu.

Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

×