Perkongsian ibu kepada usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran mengenai isu rumah tangga.
Menerusi hantaran di Insta Story, perkongsian tersebut berkenaan ‘Penyebab Suami Tawar Hati’. Perkongsian oleh satu akaun Instagram itu menyentuh tentang bahaya apabila suami atau isteri mula berasa bosan dan menyesal berkongsi hidup bersama.
BACA: “Tiada Dalam Keturunan Kami Pergi Ke Tempat Judi” – Noor Kartini
Hantaran tersebut turut menyatakan itu adalah racun paling berbisa dalam rumah tangga dan turut menitipkan pesanan untuk segera mencegah serta kembali merawat hubungan dengan pasangan.
Sementara itu, Datin Kartini yang memuat naik semula hantaran berkenaan turut menulis pandangannya bahawa pihak ketiga antara punca keruntuhan sesebuah rumah tangga. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan maksud sebenar hantaran berkenaan dan ditujukan kepada siapa.