Entah apa yang tidak kena dengan hubungan mereka, pelakon Julia Ziegler menjelaskan bahawa dia sudah pun berpisah dengan bekas kekasih yang sudah dikenalinya sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun pelakon ini enggan dihurung perasaan sedih putus cinta.
BACA: Julia Ziegler: Berbikini Kerana Ikut Situasi
“Jujur saja, saya baru sahaja putus cinta dengan seseorang yang sudah dikenali sejak dua tahun lalu. Memang sedih tetapi saya tidak mahu ia berpanjangan kerana banyak kerja lain yang perlu saya selesaikan”
“Buat masa ini saya memang tidak risau tentang soal mencari kekasih baharu kerana ia bukan keutamaan dan saya enggan terburu-buru dalam hal itu. Lagipun, saya belum sedia untuk menerima cinta apalagi terbuka untuk mempunyai sebuah ikatan cinta,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.
Pelakon yang pernah diusik dengan isu berbikini baru-baru ini turut mengharapkan satu hari nanti dia akan bertemu dengan bakal suami yang memahami kerjayanya serta sanggup untuk susah senang bersama.
Menyentuh mengenai isunya berbikini, Julia mengatakan dia terbuka menerima nasihat dan teguran dan dalam masa yang sama selesa untuk menjadi dirinya sendiri dan tidak pernah mengendahkan persepsi negatif orang lain. (rtky/s)