Kalau korang perasan ramai di antara kita semua yang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, meskipun telah mempunyai kerja tetap tetapi berusaha menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan.
Dahulu suri rumah sering di pandang rendah, kini golongan ini setanding dengan orang lain. Apa yang kami katakan ini bukan hanya bercakap kosong. Namun ini terbukti apabila salah seorang usahawan produk kesihatan Kalista buat duit kaw-kaw dengan hanya dengan berniaga.
Kalista Beri Penghargaan Kepada Team
Pengasas Kalista meraikan usaha stokis dan ejen Kalista dalam jamuan bertemakan Glorios Evening Tea di Skyglass Cyberjaya baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung dalam tema pakaian serba putih bagaikan ‘pengantin’. Seramai lima orang Monster Leader, lapan orang Leader serta tujuh orang Top Sales telah terpilih sebagai penerima anugerah berprestij dalam majlis berkenaan.
Menurut pengasasnya, Nur Hidayah Sa’adon, mereka yang terpilih telah mencapai jumlah sasaran jualan yang ditetapkan oleh pihak HQ.
Mampu Raih RM15 Juta Tahun Ini
Hasil usaha semua stokis dan ejen Kalista, pada tahun 2021 sahaja, jualan Kalista telah mencecah jutaan ringgit walaupun negara ketika itu sedang dilanda pandemik.
Dengan tetapan sasaran dan hasil usaha semua ejen dan stokis mereka pada tahun lepas sahaja telah mencecah jutaan ringgit. Ini membuatkan Pengasas Kalista Nur Hidayah Sa’adon, mensasarkan jualan sebanyak RM15 juta.
Hidayah turut bersyukur produk mereka masih mendapat sambutan hangat selama Kalista bertapak 3 tahun ketika ditubuhkan pada permulaan pandemik yang melanda.
Dalam majlis yang sama, Kalista turut melancarkan produk baharu iaitu limited edition keluaran khas bulan Ramadhan dan raya ini sahaja.