Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berkongsikan bahawa dia telah pun berpisah dengan isterinya, Datin Nina Ismail Sabri pada Ogos lalu.

Perkara itu dikongsikan di Instagram miliknya sebentar tadi dengan memaklumkan perkahwinan mereka yang terbina 10 tahun lalu berakhir dengan baik.

BACA: Jovian Mandagie Nafi Guna Aset Kerajaan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

Menurut Jovian, dia dan Nina akan tetap menjadi sahabat dan ibu bapa kepada puteri tunggal mereka, Jeanelle Nika Mandagie kini berusia enam tahun.

Tambahnya lagi, kebahagian anaknya itu adalah menjadi keutamaan dan mereka kini dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Dalam pada itu, Jovian dan Nina turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada mereka untuk melalui fasa baru dalam hidup selepas ini. 

Untuk rekod, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

×