Konflik antara pempengaruh media sosial, Cik Epal dan isteri bekas suaminya iaitu Dewi sehingga mencetuskan kekecohan turut mendapat perhatian penyanyi, Caprice.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Caprice berkongsikan dia menerima banyak mesej daripada netizen berhubung isu berkenaan. Bagaimanapun Caprice berkata tidak perlu bergaduh di media sosial.

BACA: “Aku Tak Akan Baik Dengan Penyondol Rumah Tangga Aku” – Cik Epal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Banyak gila DM masuk, saya ingat kes jenayah besar yang berlaku rupanya tentang Cik Epal dan Jofliam

“Pada saya tak perlu pun bergaduh dekat sosial media. Bagi je lah bro..penat tengok drama ni dekat media sosial,” katanya.

Sementara itu, Caprice turut menitipkan pesanan kepada Jofliam untuk memberikan barang yang dituntut oleh bekas isterinya menimbulkan pergaduhan serta membeli barang baru untuk isteri baru.

“Sebagai lelaki dan anak jantan, bagi sahajalah Jofliam apa sahaja barang dia yang dituntut. Tak kisahlah peti ais, pinggan atau beg tangan sekalipun.

“Kau boleh je mulakan hidup baru dengan isteri baru. Beli sahaja barang baru, bukan hang tak mampu. Tak ada satu barang pun yang boleh dibawa ke dalam kubur, daripada bergaduh dekat sosial media,” katanya.

Semalam hangat diperkatakan apabila Cik Epal mendakwa dicederakan oleh Dewi ketika mengambil barangan miliknya di rumah bekas suami.

×