Jika Diberi Pilihan, Ameera Khan Mahu Pindah Ke Kelantan

Di antara adik-beradik selebriti popular ini, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.

Kini sudah berhijrah dan tampil berhijab, ramai yang memuji penampilannya itu. Baru-baru ini Ameera ada membuka ruang pertanyaan kepada pengikutnya untuk bertanyakan apa sahaja soalan.

BACA: Luah Rasa Tenang, Ameera Khan Sudah Berhijab?

Ada yang bertanyakan sama ada Ameera memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur ataupun kelantan, gadis berusia 21 tahun itu menjawan jika diberi pilihan dia memilih untuk tinggal di Kelantan.

Malah, satu lagi soalan ditanyakan pengikutnya Ameera menjawab dia lebih memilih untuk tinggal di kampung berbanding di bandar. Pasti ramai tidak sangka Ameera lebih sukakan kampung.

Dalam pada itu, seorang pengikut bertanyakan mengenai penghijrahan Ameera. Meluahkan rasa syukur, Ameera menjawab dia kini sangat tenang dan bahagia.

×