Jejaka Di Samping Elfira Loy Merupakan Anak Datuk?

Selepas hampir enam bulan terpalit dengan kontroversi isu putus tunang, sekeping foto yang dimuat naik pelakon Elfira Loy bersama seorang jejaka di Instagram miliknya menjadi tanda tanya peminat. Daripada senyuman yang terukir, jelas terpancar kebahagiaan di wajah Elfira.

Di ruangan komen gambar tersebut dipenuhi dengan pelbagai soalan yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang jejaka yang berjaya mencuri hati Elfira.

BACA: Netizen Dakwa Elfira Loy Cari Kekasih Boleh Bayar Hutang?

Beberapa hari kemudian, jejaka tersebut yang dikenali sebagai Faris Khairil Anuar itu turut memuat naik gambar mereka bersama menerusi Insta Stories.

Memetik laporan Media Hiburan, jejak itu dikatakan berasal dari keluarga berada dan merupakan seorang anak VVIP.

Bagaimanapun, masih tiada kepastian daripada kedua-dua belah pihak mengenai status hubungan mereka. Elfira juga belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Jika benar Elfira sudah menemui pengganti, rata-rata peminat mengharapkan agar hubungan ini berkekalan dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

×