Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fara mendakwa Shuk terlalu sibuk berniaga sehinggakan dia masuk hospital suaminya tidak kelihatan.
BACA: Fara Salleh Fail Cerai, Shuk Sahar Asyik Lebihkan Kawan
Sementara itu, Fara seolah memberi bayangan bahawa suaminya tidak tahu mengenai jantina anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Jantina anak kau tahu tak? Barang anak satu satu apa pun tak ada lagi. Aku kena bersalin awal, kau mana? tulisnya.
Fara turut melauhkan rasa kesal apabila Shuk tidak menghargainya kerana tidak pernah mendengar perkataan terima kasih atau minta maaf dari suminya itu.
Dakwanya lagi, Shuk juga tidak pernah mengajarnya tentang ilmu agama namun suaminya ada mengajar doa pendek pada rakan-rakannya.
Terdahulu, Farra mengesahkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, Johor pada Februari lalu. Fara berkata dia menunggu tarikh sebutan kes serta mengatakan keputusan itu diambil kerana melihat Shuk tidak lagi berusaha untuk selamatkan rumah tangga mereka.
SUMBER: mStar Online