Pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann berkata mereka reda apabila impian untuk mengadakan majlis kesyukuran menyambut kehadiran cahaya mata selepas setahun mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.

Memetik Media Hiburan, Janna berkata majlis yang diadakan pada Ahad lalu sudah tertunggak sejak setahun lalu dengan harapan ianya akan menjadi majlis baby shower dan aqiqah untuk cahaya mata mereka.

BACA: Rutin Mandi Bersama Kunci Kebahagiaan Janna Nick, Dini Schatzmann

“Majlis di hotel ini sepatutnya menjadi majlis resepsi kami pada tahun lalu. Kami dah buat pembayaran penuh dan baju juga dah siap sejak tahun lalu.

“Tapi kami tangguhkan dulu kerana kami sangat hargai majlis perkahwinan pertama. Kami rasa tak perlu ada majlis kedua. Bila dah bayar tak boleh minta wang kembali. Kami tangguh dengan harapan akan jadi majlis baby shower atau aqiqah,” katanya.

Sementara itu, Janna berkata dia berharap dengan kehadiran keluarga serta rakan dalam majlis tersebut dapat sama-sama mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata.

“Bila kami adakan majlis resepsi kedua ini, para tetamu yang hadir akan sama-sama mendoakan kehadiran malaikat kecil dalam perut saya.

“Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir, kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat. Kami sangat bersyukur bila tetamu yang hadir turut doakan zuriat kami. Itulah perkara yang kami nak sangat,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan

×