“Janna Nick, Ajak Tak Sesuai Mengacara Melodi”

Hujung minggu lalu menyaksikan buat pertama kali gandingan Janna Nick dan Ajak Shiro mengendalikan program hiburan Melodi di TV3 — rata rata ramai yang mula mempersoal kebolehan pasangan ini untuk mengemudi rancangan tersebut.

Dalam program yang kini bersiaran selama 90 minit itu, Janna Nick & Ajak Shiro dikatakan kurang serasi bergandingan buat pertama kali selain mereka sendiri kelihatan kekok untuk mengikut rentak yang disusun dalam program itu.

Ketika program itu bersiaran pun, sudah ada komen di Twitter mengkritik penampilan mereka dan pasangan ini terus memberikan kenyataan mereka sendiri.

“Dah viral di Twitter yang mengatakan kita kayu. Jangan macam itu. Kita ini baru sahaja, baru satu episod. Tunggulah sampai habis. Terima kasih pada yang memberi komen dan kami akan ambil untuk buat yang lagi baik selepas ini,” ujar mereka.

Tidak mengapa Janna Nick dan Ajak Shiro, masih jauh lagi perjalanan program ini dan kami yakin lama kelamaan nanti kalian akan lebih serasi — mana tahu jadi pasangan pengacara kegemaran ramai selepas ini. (rtky/m)

×