Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli menjelaskan ada menghulurkan bantuan buat rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir namun enggan menghebohkan di media sosial
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal bagaimanapun berkata dia lebih mengutamakan mereka yang ada di depannya tanpa mengira bangsa atau dari negara mana.
BACA: Ahmad Iqbal Mahu Pulang Ke Malaysia Nak Jenguk Tempat Banjir
“Ramai yang berkata kepada saya, rakyat Malaysia ramai yang susah. Bantulah orang Malaysia. Begini, apa yang ada di depan saya, yang mahu saya bantu.
“Saya utamakan dahulu. Tidak kira mereka dari negara mana, kerana mereka juga manusia. “Bantuan ke Malaysia juga saya bagi cuma jangan memaksa saya untuk menunjukkan di media sosial. Ini privasi saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata dia lebih selesa memberi bantuan sendiri atau melalui orang yang dipercayai apatah lagi bimbang jika ada puhak yang cuba mengambil kesempatan.
“Oleh kerana banyak juga yang tidak jujur, banyak yang meminta perkara yang bukan keperluan. Saya lebih senang memberikan bantuan dengan tangan saya sendiri ataupun, orang yang saya percaya untuk menghulurkannya,” katanya.