Pelakon Hafidz Roshdi menitipkan peringatan kepada orang ramai agar tidak terus menghakimi serta menghukum seseorang itu disebabkan kesilapan mereka.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Hafidz turut berkata jangan kerana kesilapan dilakukan segala kebaikan seseorang itu dilupakan.

BACA: Kongsi Video Throwback, Hafidz Roshdi Buktikan Cinta Pada Athira

“Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia.Jangan kerana satu kesilapan dia buat, semua kebaikan dia kita tak nampak,” katanya.

Sementara itu, Hafidz turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan sokongan kepadanya serta mengharapkan yang baik-baik buat dirinya dan isteri.

Sementara itu, Athira meluahkan rasa syukur majlis mereka berjalan lancar serta bersedia berdepan cabaran sebagai isteri kepada Hafidz.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Saya dan Hafidz sangat gembira. Sekarang saya sudah sah bergelar isteri kepada Hafidz. Semuanya dipermudahkan,” katanya.

×