fbpx

“Jangan Kena Tinggal Dengan Suami Baru Nak Bersiap”

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta mengingatkan wanita diluar sana sentiasa menjaga penampilan agar kelihatan menarik di mata pasangan masing-masing.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Che Ta berkata kaum wanita tidak boleh kalah dengan lelaki menyerupai wanita (pondan) dan golongan tersebut sememangnya rajin untuk kelihatan cantik.

BACA: Che Ta ‘Sibuk’ Melawa, Tak Ada Masa Nak ‘Spot Check’ Telefon Suami

“Orang perempuan kena rajin sebab itu kalau kita tengok pondan bukan main cantik lagi. Sebab pondan lagi rajin daripada perempuan. Orang perempuan bertambah-tambah dah berlaki (bersuami) tu, punya senang hati tak kisah tak sedar diri.

“Tunggu kena tinggal dengan laki baru beria-ria bersiap, baru nak kempiskan perut, baru nak bertumit tinggi,” katanya.

Sementara itu, Che Ta turut berpesan kepada wanita untuk menjaga kecantikan diri meskipun sibuk serta berseloroh mengatakan biar golongan pondan cemburu melihat penampilan kita.

“Kita kena nombor syatu biar pondan irikan dengan kita. Adik-adik jangan terasa tau. Kita tahu pondan ni memang rajin ‘all out’, berani mati. 

“Orang perempuan macam gitulah, kadang-kadang tak cuci muka. Kata lupa, penat nak cuci muka. Jangan lupa ya,” katanya.

Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu, malah ada yang mengatakan penampilan tidak menjanjikan apa-apa kerana jika lelaki mahu curang, mereka akan tetap melakukannya.

SUMBER:  HibGlam