Baru-baru ini, pasangan pempengaruh Aisyah Hijanah dan Alif Teega dilihat ada membuat sesi live berkongsi pengalaman mereka direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dilihat ceria berkongsikan pengalaman mereka itu, perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang berpendapat pengalaman ‘digari’ tidak dinormalisasikan.
BACA: Aisyah & Alif Teega Bebas Reman, Bayar Wang Jaminan RM200,000
Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata perkara itu tidak perlu dikongsikan kepada umum kerana bimbang ada yang mahu merasainya kerana mahu merasai sebagai ‘pengalaman’.
Sementara itu, dalam perkongsian lain, Rita berkata ada individu yang tampil memberi penjelasan panjang demi menutup malu atau kesalahan sendiri. Tambah Rita lagi, lebih baik jika berdiam diri saja supaya tidak timbul isu baru dikaitkan dengan mereka.
Terdahulu, pasangan itu yang ditahan reman dibebaskan 16 Julai lalu perlu membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang dimana RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.