“Jangan Bangga, Rasa Hebat Dengan Maksiat”

Reaksi Fathia Latiff yang seolah ceria mengumumkan telah membuka tudung mendapat perhatian pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang menegur pelakon itu agar tidak berbangga dengan dosa yang dibuat.

BACA: “Selama Ini Saya Bertudung Bukan Kerana Allah”

Menerusi Facebook, Ustaz Ahmad Dusuki memberi teguran terbuka buat Fathia. Menurutnya, dunia glamor dan kemasyhuran hanyalah sementara, berbanggalah ketika memakai tudung dan tidak berasa hebat apabila membukanya.

“Jika kalian merasa hebat dengan kemashyuran kalian, tidak kemana pun kemashyuran saat nyawa di kerongkongan itu!! Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan”

Jika pun kalian merasa hebat dengan kemaksiatan itu, sembunyikanlah kemaksiatan itu. Allah telah menyelamatkan kalian dengan ketaatan, berbanggalah saat bertudung bukan berbangga dengan melakukan peribadi seumpama ini,” tulisnya lagi.

Memang benar sekali teguran Ustaz Ahmad Dusuki itu, semoga Fathia sudi membacanya dan renungkanlah setiap teguran itu. Apapun doakan yang terbaik sahaja buat Fathia agar beliau kembali di jalan yang benar. (rtky/w)

×