“Jangan Ajar Aku Tentang Sabar, Aku Pernah Dikecewa Setengah Nyawa”

Perkongsian terbaru pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran seolah meluahkan isi hatinya yang ditanggung selama ini.

Menerusi hantaran berkenaan, Abby berkata dia selama ini bersabar meskipun pernah dikecewakan setengah mati dan dianiaya seperti tiada hati.

BACA: “Saya Rasa Norman Bukan Nak Sangat Kahwin Dengan Saya” – Abby Abadi

@abbyabadi.exclusive

Tak berharap apa2… cuma doakan Sy terus kuat & terhebat berjuang utk kehidupan didunia/akhirat sana ? ?: @PINOGRAPHY

? original sound – abbyabadi.exclusive – abbyabadi.exclusive

“Jangan ajar aku tentang sabar, aku pernah dikecewa setengah nyawa. Dianiaya seperti tiada hati, kamu tahu rasanya dibunuh tapi tidak mati?,” tulisnya.

Sementara itu, pada kapsyen video berkenaan Abby turut meminta orang ramai untuk mendoakannya agar terus kuat berjuang dalam kehidupan.

“Tak berharap apa-apa, cuma doakan saya terus kuat dan jadi terhebat berjuang untuk kehidupan didunia dan akhirat,” katanya.

Terdahulu, Abby meluahkan rasa mengenai pemberian nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.

Dalam pada itu, Abby berkata dari segi duit belanja dan yuran sekolah anak mereka uruskan bersama namun apa yang menjadi persoalan nafkah tempat tinggal dan makan minum sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.

×