Selepas seminggu melahirkan anak sulungnya, Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akhirnya mendedahkah wajah puteri mereka. Menerusi perkongsian di Instagram, Adib turut mengumumkan nama anaknya iaitu Arisa Alaia Binti Muhammad Adib.
Menurut Adib, kehadiran puteri kecil mereka itu merupakan hadiah yang paling bermakna dan menggembirakan buat dirinya dan Izara. Adib turut mengucapkan terima kasih di atas semua doa dan sokongan yang diberikan.
BACA: Izara Aishah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat wajah comel anak pasangan itu. Malah ramai yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertama pasangan itu.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Izara dan suami. Semoga kehadiran Irisa Alaia akan menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.