Selepas menimang cahaya mata sulung, jarang sekali melihat Izara Aishah mengemas kini akaun Instagram miliknya. Bagaimapaun, perkongsian terbaru Izara bersama anaknya Irisa Alaia menjadi perhatian ramai.
Menerusi foto tersebut, Izara dilihat sedang sedang melakukan rutin pam susu di samping anak kesayangan. Namun apa yang menjadi bualan, pelakon itu tetap kelihatan cantik dan menawan walaupun hanya berbaju tidur.
BACA: Izara Aishah & Suami Dedah Wajah Anak Sulung
Hanya menyertakan kapsyen gambar itu diambil oleh suaminya, Muhammad Adib, rata-rata netizen memuji kecantikan semula jadi Izara. Malah, ramai yang meluahkan rasa kagum kerana Izara memberi susu ibu badan kepada Irisa.
Izara Aishah mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017 lalu dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 15 April lalu.