fbpx

“Itu Video Lama, Dulu Masa Zaman Jahiliah…”

Pelawak Nabil Ahmad nafi memakai seluar pendek sehingga menampakkan auratnya sebaliknya itu adalah video lama ketika mempromosikan sebuah pusat kecergasan beberapa tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Nabil menjelaskan mengenai video tersebut dan dia juga tidak tahu video tersebut keluar semula di TikTok.

BACA: Pentingkan Kesetiaan, Nabil Ahmad Tolak Tawaran Ratusan Ribu Jenama Lain

“Saya tak tahu langsung video itu ‘keluar’ semula di TikTok. Itu video lama saya. Dulu, semasa zaman jahiliah kot. Zaman saya rajin ke gimnasium dulu. Saya pun tak perasan mereka kongsi semula iklan itu,” katanya.

Menurut Nabil lagi, dia juga sudah lama tidak ke pusat kecergasan berkenaan dan penggambaran iklan tersebut dibuat sebelum pandemik lagi.

“Memang dah lama sangat saya tak ke situ, dah bertahun-tahun dah. Kalau tak salah, penggambaran iklan itu pun dah lama. Mungkin sebelum pandemik Covid-19 lagi. Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan Nabil melakukan beberapa aktiviti dengan menggunakan peralatan di pusat kecergasan mengenakan tshirt dengan seluar pendek atas paras lutut.

SUMBER: Harian Metro