Terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, pelawak Ali Puteh berkata dia kini lebih matang dan fokus utamanya adalah pada kerjaya seni.
Memetik mStar Online, Ali berkata meskipun menerima kecaman dia kini lebih tenang selepas mengambil nasihat daripada rakan-rakan.
BACA: Balu Abam Beli Vellfire, Netizen Masih Tak Puas Hati Hina Ali Puteh?
“Jadi kawan-kawan nasihat saya mereka cakap Ali ingat Allah itu ada sabarlah jangan tidak melulu lagi. Sebab kalau kita terlalu memikirkan benda tu dia akan jadi masalah pada kita, betul apa yang mereka cakap.
“Macam contoh Muzikal Lawak Superstar ini kalau saya memikirkan perkara tu sampai saya boleh hilang fokus untuk program buat apa.
“Jadi saya ambil langkah untuk enjoy dengan apa yang nak jadi sekarang untuk pertandingan macam ini saya perlu fokus sebab saya tahu ada mulut yang perlu saya suap,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataannya sebelum ini bersedia untuk berbaik dengan kakak iparnya, Nur Hidayah, Ali enggan lagi terlalu terbuka bercerita mengenai hal peribadi.
“Yang itu kita panggil cerita dalam kain, saya tak payah publish pun, tak perlu lagi dihebahkan di media. Saya anggap benda tu dah selesai,” katanya.