Isteri kepada pelakon Azlan Komen kini sudah berhijab, Nur Nilam Ortiz berkata dia mengambil keputusan untuk bertudung sebagai tanda syukur di atas rezeki diberikan.
Memetik mStar Online, Nilam berkata dia terbuka hati untuk berhijrah kerana mensyukuri di atas nikmat diberikan kepada mereka sekeluarga.
BACA: Berjaya Jual Ratusan Ribu Botol, Isteri Azlan Komeng Terima Anugerah Usahawan
“Saya memang sudah berhijab sebab Allah beri rezeki. Sebenarnya ada dua pilihan sama ada kita mahu bersyukur atau menjadi lebih fasik. Jadi saya memilih untuk bersyukur dan buat keputusan untuk berhijrah,” katanya.
Menurut Nilam lagi, sebelum mengenakan hijab dia sudah membiasakan diri menutup bahagian kepala dengan menggunakan sarung ketika membuat siaran langsung di TikTok.
“Pada awal bertudung saya tak pakai tudung seperti ini tapi hanya pakai penutup kepala berbentuk beruang. Sampai satu masa saya terdetik untuk bertudung, saya tak pandai nak berfesyen seperti orang lain. Saya hanya nak pakai tudung yang selesa. Tak perlu nak berfesyen sangat,” katanya.
Sementara itu, Azlan berkata dia tidak memaksa isterinya untuk menutup aurat kerana mahu isterinya berbuat demikian ikhlas kerana Allah.
“Dari dulu konsep saya tidak mahu pakai tudung kerana suami. Biarlah dia bertudung kerana Allah. Alhamdulillah dari awal saa dah cakap dan tidak memaksa kerana biarlah dia menutup aurat dengan seikhlasnya.
“Jadi apabila sudah sampai seru isteri saya ambil keputusan untuk bertudung, saya orang paling bersyukur dan bahagia,” katanya.
SUMBER: mStar Online