“Isteri Saya Pandai Gila Masak Lepas 3 Tahun” – Opai

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai menjadi perhatian apabila memuat naik video memuji masakan isterinya.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Opai berkata dia sepatutnya menghadiri makan malam bersama seorang indvidu bergelar Tan Sri tapi terpaksa menolak pelawaan berkenaan.

BACA: “Walau Saya Kaya, Inilah Cara Seorang Hamba” – Opai Suka Makan Bersila Atas Lantai

@aliff_awang

Blink twice if you need help

? original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

“Sepatutnya saya pergi makan dengan beberapa orang terhebat dekat dunia ni. Ada seorang VVIP ni telefon saya, ajak pergi makan katanya ada benda nak bincang tapi saya tolak,” katanya.

Menurut Opai lagi, dia membuat keputusan untuk menolak pelawaan berkenaan kerana isterinya sudah masak di rumah dan memuji masakan Fatin Afeefa yang semakin meningkat selepas tiga tahun berkahwin.

“Saya cakap ‘Maaf Tan Sri, isteri saya dah masak hari ni. Isteri saya pandai gila masak selepas tiga tahun. Kalau korang ingat, pertama kali isteri saya masak dulu saya, bukannya tak sedap.  Sedap je tapi sekarang dah pandai dah, ikut citarasa saya dan dia tak syok sendiri dah,” katanya.

Perkongsian Opai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan usahawan itu kerana menghargai masakan isteri serta suka melihat perubahan Opai sekarang.

 

×