Pelakon Remy Ishak berkongsikan berita gembira isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan anak sulung mereka di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur jam 11.17 pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Remy memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat serta berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan orang ramai.
BACA: Remy Ishak Sahkan Isteri Hamil 5 Bulan
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” tulisnya.
Setakat ini, pelakon itu belum lagi mendedahkan wajah serta jantina anak sulungnya itu.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.